
Sulit
4 tahun
Suntikan typhoid ketika hamil
Salam sejahtera doc… saya telah mengambil suntikan typhoid pada sept 20 tanpa mengetahui yang saya hamil 3minggu…apakah suntikan typhoid itu akan memberi kesan kepada kesihatan dan perkembangan bayi dalam kandungan saya?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, walaupun suntikan typhoid bukan dalam jadual vaksinasi ibu hamil, namun ia boleh diambil dan setakat ini, tiada laporan atau kajian yang menyatakan suntikan typhoid menyebabkan apa-apa kesan kepada bayi dalam kandungan.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.