
Sulit
4 tahun
Tak boleh tahan kencing
Im 32weeks pregnant & last week i started to notice yg panties i basah. At first i thought keputihan issue. tapi dh 3 hari i kena pakai pad & wajib tukar at least twice a day sbb mmg akan basah fully. I pergi scan yesterday & doc ckp air ketuban i in good condition. so i rasa mmg yg keluar tu urine. kenapa ya boleh jadi mcm ni doc

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami memahami kebimbangan anda terhadap masalah yang anda hadapi lebih-lebih lagi anda sedang sarat mengandung pada waktu ini.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami keadaan sebegitu:
- Jangkitan pada saluran kencing (uretra, buah pinggang, pundi)
- Keadaan bayi yang semakin membesar akan menekan pundi kencing anda, disebabkan oleh itu anda kadang kala tidak dapat menahan kencing ataupun anda kencing dengan lebih kerap
- Air ketuban bocor
Anda dinasihati untuk memantau kesihatan diri anda dan bayi anda. Jika anda mempunyai gejala yang disebutkan di bawah, sila berjumpa doktor dengan kadar segera:
- Demam
- Sakit semasa kencing dan kekerapan kencing semakin banyak
- Air tetap mengalir walaupun anda pasti anda telah membuang air kencing sepenuhnya
- Terdapat cecair keluar dari faraj atau air ketuban anda berbau
- Bayi bergerak kurang dari biasa
Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut, anda boleh hubungi doktor kami di (DoctorOnCall) untuk mendapatkan khidmat nasihat secara atas talian. Terima kasih.