
Sulit
3 tahun
Ubat sakit buasir daflon 500mg
aya baru terkena berak sembelit selepas itu keluar darah sedikit di akhirnya. selepas itu tiada lagi darah keluar selepas basuh. untuk makluman doktor saya ambil ubat dari Hospital Kerajaan iaitu ubat perindopril 4mg,empagliflozin 10mg,clopidogrel 75mg,bisoprolol 2.5mg, acetyl salicylic acid 100mg/glycine 45mg tab. saya nak tanya adakah boleh saya ambil bersama ubat deflon 500mg 2 biji sekali sehari?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Hai. Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah sembelit dan najis berdarah yang anda hadapi. Jangan risau, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, untuk mengetahui rawatan yang tepat, punca masalah haruslah diketahui terlebih dahulu. Secara umum, terdapat pelbagai penyebab berlakunya masalah sedemikian, antaranya:
- Kurang serat dalam diet.
- Kurang aktiviti fizikal (terutamanya di kalangan warga tua).
- Pengambilan ubat
- Sindrom gangguan semasa pembuangan air besar (Irritable bowel syndrome).
Namun, ia juga boleh disebabkan oleh beberapa perkara yang lebih serius seperti:
- Penyakit atau keadaan tertentu seperti kencing manis.
- Masalah dengan kolon dan rektum.
- Masalah dengan fungsi usus (sembelit kronik yang secara tiba-tiba dan tanpa sebab.
- Diverticulosis
- Jangkitan parasit
- Radang usus (inflammatory bowel disease)
Oleh itu, anda amat disarankan untuk bercakap dengan doktor kami secara atas talian bagi mendapatkan penerangan lebih lanjut mengenai masalah yang anda alami.
Kami berharap penerangan ini dapat membantu anda.
Terima kasih
Sila klik di sini untuk bercakap dengan doktor.