
Sulit
4 tahun
Adakah penyakit gusi dan gigi semasa hamil disebabkan oleh kekurangan kalsium
Adakah penyakit gusi dan gigi semasa hamil disebabkan oleh kekurangan kalsium

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Pada pendapat kami, penyakit gusi dan gigi ketika hamil bukan disebabkan oleh kekurangan kalsium. Untuk makluman anda, wanita yang mengandungi memerlukan sekurang-kurangnya 1000 mg kalsium sehari bagi pertumbuhan janin dalam kandungan. Sekiranya mereka kekurangan pengambilan kalsium, badan mereka akan bertindak balas dengan mengambil kalsium yang tersimpan dalam tulang, bukan gigi.
Penyakit gigi dan gusi ketika hamil selalunya disebabkan oleh:
- Tidak menjaga kebersihan gigi dan gusi
- Jangkitan kuman pada gusi
- Hormon-hormon ketika hamil menyebabkan penyakit gusi atau gigi lebih berisiko
- Terlalu makan makanan bergula dan diproses
- Penyakit gusi yang telah ada sebelum dalam kandungan.
Jika ada sebarang pertanyaan dan menginginkan informasi lanjut, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.