Sulit
4 tahun
Adakah ketuat kelamin boleh berjangkit pada lidah?
Saya perempuan berusia 24 tahun. Saya ada bersama dengan pasangan beberapa hari yang lalu. Saya dapati pada zakar pasangan ada seperti ketuat kelamin. Dan harini lidah saya berasa tidak selesa dan muncul tompok putih. Adakah saya telah dijangkiti?
4 tahun
Terima kasih untuk soalan saudari.
Ketuat merupakan sejenis ketumbuhan di bahagian kelamin yang disebabkan oleh jangkitan human papilloma virus atau HPV. HPV biasanya merebak melalui hubungan kelamin dan dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. HPV juga boleh merebak melalui sentuhan kulit atau perkakas yang telah terdedah kepada HPV. Ketuat biasanya tidak mendatangkan bahaya kepada pesakit tetapi jangkitan HPV kronik yang tidak dirawat boleh membawa risiko menghidap penyakit kanser pintu rahim atau cervical cancer.
Terdapat pelbagai cara yang boleh digunakan untuk membuang ketuat. Penggunaan ubat sapu merupakan cara yang paling popular untuk membuang ketuat.
Untuk mencegah ketuat, anda digalakkan untuk mengamalkan hubungan kelamin yang selamat. Selain itu, jika anda belum pernah menjalankan hubungan kelamin, anda digalakkan untuk mendapatkan vaksinasi HPV. Kebersihan diri adalah penting untuk mencegah ketuat.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ketuat pada lidah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.