
Sulit
4 tahun
Asid folic yang bagus bagi awal kehamilan
hy doktor, asid folic brand apa yang bagus ya untuk ibu mengandung? kandungan baru ± 4 minggu… selain dari asid folic dari KK agak2 brand apa yang ok? harap doktor boleh suggest. dan berapa jumlah mg yg bersesuaian untuk ibu hamil… terimakasih

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, tidak penting untuk jenis jenama apa yang anda perlu ambil. Yang penting anda ikut saranan doktor mengambil folik asid supaya perkembangan janin terjamin. Kami memerlukan lebih banyak maklumat tentang supplemen yang anda hendak ambil bersama folik asid supaya dapat membuat kesimpulan
Namun begitu ini hanyalah penerangan am dalam hal ini, saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan kesimpulan lebih lanjut. Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.