
Sulit
4 tahun
Peluang mengandung selepas ovulasi
Saya wanita 30an…sy period pd 11 hb… Waktu ovulasi sy adalah pada 21hb kerana cycle sy adalah 25 hari tiap2 bln… Dijangka uzur pada 5hb…pd 16 sehingga 23hb sy telah bersama suami… N pada 25 hb sy bersama partner…pd 4hb sebelum uzur sy cek upt positif… Adakah sy bersama dengan partner berkemungkinan sy bole hamil walaupun selepas ovulasi?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai, terima kasih kerana menghubungi kami untuk bertanyakan masalah anda. Saya fahami kebimbangan anda pada masa ini tentang kehamilan.
Kekalkan kebahagiaan rumah tangga anda dengan mendapatkan perancangan keluarga yang terbaik
Terlebih dahulu saya ingin menerangkan tentang ovulasi (kesuburan). Ovulasi biasanya berlaku pada hari ke 14 kitaran haid, bukan hari terakhir. Sekiranya hubungan seksual tanpa perlindungan berlaku pada lingkungan tempoh ini, kemungkinan untuk hamil berlaku adalah tinggi. Namun sekiranya hubungan seksual berlaku bukan pada waktu ovulasi, tidak semestinya kehamilan tidak boleh berlaku, masih ada peluang untuk kehamilan berlaku. Bagi mengesahkan kehamilan seseorang, anda bopleh melakukan ujian UPT selepas 2 minggu daripada tarikh anda bersama dengan pasangan. Anda juga boleh berjumpa dengan doktor bagi tujuan pemeriksaan.
Untuk mengetahui lebih mendalam tentang kondisi yang anda sedang alami, anda juga boleh mendapatkan konsultasi dengan doktor kami di ( DoctorOnCall ) secara peribadi. Terima kasih.