
Sulit
4 tahun
Ade benjolan di belakang kepala belah kanan
Hai doktor , saya umo 22 tahun . Saya perasan kepala di bahagian belakang belah kanan saya mempunyai benjolan dan sakit . Adakah berbahaya ?

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Maaf, kerana penerangan yang anda berikan masih memerlukan beberapa informasi tambahan bagi mempermudahkan kami untuk mengambarkan hal atau keluhan yang sebenar. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk melanjutkan pertanyaan dengan doktor kami diatas talian.
Inginkan gaya hidup sihat? Suplemen dapat membantu!
Disamping itu, memandangkan keluhan yang anda berikan mempunyai gejala yang terkait dengan kawasan kepala, saya menyarankan anda untuk mendapatkan perkhidmatan kesihatan yang lebih komprehensif dari hospital atau hospital pakar yang berdekatan. Hal ini adalah untuk memastikan anda mendapat rawatan secara langsung dengan doktor pakar yang lebih arif dalam bidang-bidang yang terkait dengan kepala, saraf mahupun internal medicine.
Lazimnya kondisi anda boleh dikaitkan dengan
- kelainan kulit yang sementara (mampu hilang dengan sendirinya)
- benjolan lama akibat trauma kepala
- gangguan perdarahan
- gangguan saluran darah
- tanda-tanda awal neoplasma jinak mahupun ganas
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya terdapat gejala yang membimbangkan seperti
- kesedaran menurun
- loya, pitam
- sakit kepala secara tiba-tiba
- mual, muntah
- sawan
- dan lain-lain
Inginkan penjelasan lebih lanjut daripada pakar? Internal Medicine Specialist kami sedia membantu.
Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.