
Hazra
6 tahun
Apakah punca ketumbuhan ketuat di kemaluan?
Saya nak tnya berkenaan ketumbuhan ketuat/isi lebih di kemaluan…apakah punca ketumbuhan tersebut dan adakah dia berbahaya dan bagaimana rawatan akan dijalankan ?

6 tahun
Salam sejahtera.
Ketuat atau papilloma atau warts merupakan ketumbuhan yang tidak berbahaya di bahagian kemaluan. Ketuat biasanya disebabkan oleh human papilloma virus atau HPV. HPV yang paling kerap menyebabkan ketuat adalah HPV jenis 6 dan 8. HPV merebak melalui hubungan kelamin atau dari ibu ke anak semasa proses kelahiran. HPV biasanya menyebabkan ketuat yang berwarna kulit atau merah jambu. Ketuat biasanya adalah lembut, tertimbul dan tidak menyebabkan kegatalan atau kesakitan. Ketuat yang tidak dirawat dengan awal berupanya menjadi saiz yang lebih besar.
Ketuat yang kecil kadang kala akan hilang dengan sendiri. Jika ketuat tidak hilang, anda digalakkan untuk berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang paling sesuai untuk anda.
Pencegahan adalah lebih baik daripada rawatan. Untuk mencegah ketuat, anda digalakkan untuk mengamalkan hubungan kelamin yang selamat. Setia kepada pasangan anda dan hindarkan pergaulan seks bebas. Anda digalakkan untuk memakai kondom semasa menjalankan hubugan seks. Kondom boleh membantu mencegah jangkitan HPV serta jangkitan kelamin lain seperti HIV, chlamydia dan gonorrhoea.

6 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan anda. Ketuat kemaluan ialah sejenis ketumbuhan yang tidak berbahaya yang disebabkan oleh virus Human Papilloma (HPV). Ia biasanya merebak melalu hubungan seks (vagina, oral, dubur) atau dari ibu ke bayi semasa proses kelahiran. Kebanyakan ketuat tidak membawa sebarang simptom atau gejala. Ia biasanya:
• Berwarna kulit atau merah jambu
• Lembut
• Mungkin timbul atau rata
• Timbul secara bersendirian atau secara berkumpulan
Ketuat biasanya timbul 3 minggu hingga tiga bulan selepas pendedahan kepada virus HPV. Ketuat biasanya timbul di bahagian vagina, dubur atau pangkal rahim bagi wanita. Untuk lelaki ketuat biasanya timbul di bahagian penis ataupun buah zakar. Untuk menjawab soalan anda, ketuat sering tidak membawa sebarang bahaya kepada pesakit. Ia biasanya akan menghilang secara spontan tanpa sebarang rawatan. Walaubagaimanapun, sekiranya tidak dirawat, ketuat akan tumbuh dengan lebih banyak dan besar. Ia juga boleh mneyebabkan kanser pangkal rahim bagi wanita. Oleh itu anda digalakkan mendapat rawatan daripada doktor.
Jika anda mengesyaki anda mengalami jangkitan ini, berjumpalah doktor dengan segera.