
Sulit
4 tahun
Benjolan di leher kanan bawah dagu
Hai doktor saya wanita berusia 24 tahun. Saya baru sedar ada benjolan di leher kanan saya bawah sikit pada paras dagu. Apakah penyebabnya ? Untuk pengetahuan doktor, sekarang gigi bongsu saya tengah tumbuh dah berasa sakit. Adakah benjolan tu infeksi dari sakit gigi? Mohon penjelasan doktor terima kasih ya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada kami
Melalui penerangan anda, saya memahami kebimbangan anda dalam hal ini. Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
Masalah tiroid
kelenjar Lymph node yang membengkak
Ketulan lemak (Lipoma)
Gumpalan tisu fiber
Foliculitis
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan.
Tingkatkan ketahanan sistem imun tubuh dengan mengambil makanan seimbang dan berkhasiat.
Anda juga boleh klik di link (DoctorOnCall) untuk berhubung dengan doktor kami secara peribadi untuk nasihat dan maklumat lebih lanjut daripada pakar. Terima kasih.