Sulit
3 tahun
Benjolan lembut dalam hidung
hello dr. saya perasan sudah empat hari rasa macam darah nak keluat dari hidung. bila benda tu berlaku, rongga hidung dan tekak, serta kepala saya akan berasa sakit. tetapi takde pulak darah atau cecair keluar. pastu saya baru perasan dalam lubang hidung sebelah kiri macam ada benjolan. kemudian bila saya masukkan jari and reach that benjolan, saya boleh rasa benjolan tu agak squishy tetapi tidak bergerak dari tempatnya. hidung sebelah kanan looks normal and takde benjolan. is this serious ? harap boleh dapat penjelasan dari pihak dr. terima kasih dr
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah benjplan dalam hidung. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.
Maklumat yang diberikan tidak mencukupi bagi memberikan jawapan yang dikehendaki kerana kami tidak pasti apa yang anda alami sebenarnya. Bengkak dan sakit pada hidung boleh terjadi atas pelbagai perkara seperti:
- Polip hidung
- Keradangan sinus
- Rhinitis
- Alahan
- Jangkitan dalam hidung
- Kanser hidung
- kecederaan dalam hidung yang menyebabkan bengkak
Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.
Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.