Sulit
3 tahun
Tahi telinga seperti hingus
Saya berumur 27 tahun. Baru baru ini telah mendapatkan rawatan untuk telinga kiri kerana mengalami jangkitan. Saya juga telah dinasihatkan untuk tidak korek telinga seperti yang selalu saya lakukan dan saya ikuti.
Namun begitu, saya mula rasa gatal di telinga kanan dan hanya mengambil tisu untuk mengelap di bahagian telinga dan menjumpai tahi telinga seperti hingus.
Sekarang, telinga saya tersumbat dan apa yang perlu saya lakukan?
Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, antara penyebab gejala yang anda alami adalah:
- jangkitan telinga
- air mandi yang termasuk ke dalam telinga
- trauma telinga
- gegendang telinga pecah
Walaubagaimanapun, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.