Sulit
2 tahun
Gatal di permukaan atas hidung
Hi dr. Saya sering mengalami rasa gatal atas permukaan hidung. Ia terasa seperti ada sesuatu bergerak gerak atau merayap di atas hidung saya menyebabkan ia gatal.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Antara sebab-sebab kegatalan hidung termasuk:
Jangkitan virus seperti selsema biasa
Alergi
Sinusitis (Keradangan sinus)
Nasal polyp iaitu ketumbuhan dalam hidung
Kekeringan hidung
Kekebasan dalam migrain
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor ENT untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.