Sulit
2 tahun
Terlalu Kerap munculnya mukus mengeras di dalam hidung
Hi doctor. Saya dapati dalam sehari terlalu banyak kali tahi hidung yang mengeras lebih kerap berbanding orang lain. Dan hidung saya sentiasa gatal. Saya juga mengalami allergic rhinitis. Adakah rhinitis ini juga adalah salah satu punca terlalu kerap muncul tahi hidung. Dan ada ke cara atau ubat utk mengurangkannya.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, allergic rhinitis (resdung) boleh meningkatkan pengeluaran lendir yang pekat atau kering. Lendir dihasilkan oleh sinus anda untuk menyapu sebarang bahan asing seperti habuk dan kuman dari hidung anda.
Terdapat punca selain daripada resdung yang boleh menyebabkan lendir pekat atau keras yang kerap. Antaranya:
- Angin atau sekeliling yang kering
- Jangkitan saluran pernafasan atas - bakteria atau virus
- Alahan (resdung)
- Dihydrasi (tidak cukup minum air)
Saya menasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor sekiranya gejala ini kerap berulang dan atau menggangu rutin harian anda bagi mendapatkan pemeriksaan teliti dan rawatan yang tepat. Anda juga boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.