Sulit
2 tahun
Rasa tidak stabil, goyah dan terapung
Saya lelaki berumur 58 tahun, masalah saya adalah diri merasa tidak stabil apabila menaiki lif dan selepas keluar lif pada ketinggian lebih dari 5 tingkat bangunan. Saya akan merasa seperti terapung dan merasa seperti goyah dan ingin cepat cepat untuk memegang sesuatu atau duduk.Saya memang seorang yang gayat.Saya merasa diri terapung (floating) dan tidak stabil dan ada masanya jugak berlaku bila saya memandu kereta.Berdiri lama-lama kalau saya tidak menggerakan anggota badan saya saya akan rasa tidak stabil tambahan pula apabila saya memakai facemask.Adakah ini ada kaitan dengan mata dan telinga saya.T.kasih.
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda berasa tidak stabil apabila bergerak dalam lif, dalam kereta dan masa pakai mask. Saya faham akan kebimbangan anda dan akan cuba untuk menjelaskan situasi anda dengan baik.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Otak tidak menerima aliran darah yang mencukupi - boleh disebabkan oleh arteri tersumbat, atau sebarang masalah yang mengurangkan atau melambatkan darah daripada mengalir ke otak anda. Beberapa keadaan berisiko ini: Sakit jantung, darah tinggi, kencing manis, kolesterol tingg, gula darah rendah, atau anemia.
- Masalah bahagian dalam telinga yang menjaga kestabilan badan
- Masalah saraf dalam telinga atau dalam otak
- Jangkitan pada telinga
- Kecederaan kepada kepala
Saya memahami bahawa gejala ini mengganggu activiti harian anda. Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat pemeriksaan dan rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Kami berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.