Sulit
2 tahun
Hidung dan tekak gatal dan kerap bersin
saya berusia 18 tahun, dalam beberapa bulan ni hidung dan tekak saya sering terasa gatal. kadang-kadang tidak boleh tidur. saya jugak kerap bersin. apabila makan tekak saya juga akan berasa gatal. apakah penyebabnya doktor?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda,terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebakkan rasa gatal pada hidung and tekak.Antaranya:
- Jangkitan bakteria atau virus
- Radang tonsil
- Dehidrasi
- Cuaca panas
- Allergic Rhinitis
- Radang sinus
- Radang pharynx
Berkenaan masalah yang anda hadapi, saya tidak boleh membuat sebarang kesimpulan tanpa mengetahui latar belakang sejarah kesihatan anda dengan lebih lanjut.
Ini hanyalah keterangan saya secara am mengenai masalah anda. Anda sewajarnya berjumpa dengan doktor untuk mendapatkan rawatan yang selanjutnya.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.