Sulit

3 tahun

Deria rasa dan bau berubah, bukan hilang

Hi. Saya wanita berusia 23 tahun dan saya mengalami masalah perubahan deria rasa dan bau. Lebih kurang 4 minggu saya mengalami masalah ini. Bau dan rasa tu ada dan tidak hilang. Saya pernah kena covid 19 pada september lalu dan saya tahu bagaimana rasanya bau dan rasa yang hilang. Kadang kadang bila saya makan sesuatu tanpa memikirkan perubahan rasa itu, rasa makanan tersebut dapat dirasa spt sediakala tetapi bila saya ingin mencuba makanan lain, makanan tersebut masih rasa tapi makanan tersebut ada rasa lain juga. Apa yang saya bau, itu jugalah yang saya rasa. Bau dan rasa yang sama. Even berus gigi pun ada rasa pelik tu. Masuk toilet lagi perit bau dia sampai menyengat. Saya harap dr dapat memberitahu saya apa yang saya perlu buat

Salam sejahtera,

Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.

Berdasarkan penerangan yang telah diberi, anda menghadapi masalah perubahan deria rasa dan bau. Saya akan cuba membantu sebaik mungkin.

Diantara punca-punca yang biasa dikenalpasti ialah kecederaan kepala, jangkitan kuman virus dan rongga hidung yang tersumbat. Namun keadaan dibawah juga boleh mengakibatkan gejala yang sedang anda hadapi:

  1. Penyakit Kronik
  • Alahan hidung (Allergic Rhinitis)
  • Polip (pertumbuhan tisu membran mukus yang tidak normal di dalam hidung)
    – Polip boleh menyebabkan rongga hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah bau yang dihidu sampai ke deria bau.
  1. Jangkitan kuman
  • Radang sinus / Resdung
    Jangkitan sinus boleh menyebabkan pembengkakan pada mukosa yang menyeliputi saraf olfaktori. Ini akan menghalang aroma/partikel zarah bau daripada sampai ke deria saraf. Namun begitu, kehilangan deria bau ini bersifat sementara apabila mendapat rawatan yang betul.
  • Otak bernanah (“brain abscess”)
    Nanah di otak atau jangkitan kuman boleh menyebabkan tisu otak rosak. Hilang deria bau boleh bersifat kekal jika tisu yang rosak itu adalah sel otak untuk mentafsir isyarat bau.
  1. Kecederaan
  • Patah tulang di bumbung rongga hidung (“cribriform plate”)
    Patah di tulang ini boleh menyebabkan saraf terputus. Anosmia akan bersifat kekal. Namun begitu jika kepatahan menyebabkan mukosa sahaja membengkak, anosmia atau hyposmia akan bersifat sementara.
  • Patah dan bengkok tulang hidung
    Menyebabkan hidung tersumbat dan menghalang aroma/partikel zarah daripada sampai ke deria bau.
  • Otak – boleh bersifat kekal atau sementara
  1. Ketumbuhan
  • Barah Hidung
    Barah seperti sinonasal carcinoma, chondrosarcoma boleh menyebabkan kerosakan pada saraf ataupun menghalang zarah bau/aroma tiba pada reseptor bau
  • Barah Otak
    Meningioma, olfactory neuroblastoma, barah “frontal lobe” (tanda-tanda awal seperti pelupa dan boleh menyebabkan sawan dan tidak boleh bercakap pada peringkat lewat)
  1. Lain – lain
  • Masalah Perubatan/endokrin
    1. Hypothyroid (kurang hormon tiroid)
    2. Diabetes
  • Ubat / bahan toksik – phenol, chromium, kokain, racun serangga
  • Proses penuaan – Alzheimer (nyanyuk), Parkinson
  • Kongenital (diwarisi sejak dalam kandungan ibu)- Kallmann syn. (hypogonadism)

Anda disarankan untuk bercakap dengan doktor sekiranya masalah ini berterusan kerana keadaan ini boleh membawa kepada komplikasi lain jika tidak dirawat.

Saya berharap saya telah menjawab pertanyaan anda, namun sekiranya anda mempunyai pertanyaan lain atau ingin berbincang tentang masalah ini dengan lebih terperinci, anda boleh menghubungi doktor atau pakar kami secara atas talian. Terima kasih.

Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.

Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.

jarritos-mexican-soda-idP6ct9jkmk-unsplash%20(1)

Tahukah anda sistem imun juga memainkan peranan dalam keberkesanan vaksin?

Mencegah adalah lebih baik daripada mengubati. Adakah anda sedia untuk melawan jangkitan? Ketahui dalam 5 minit!

Forum Kesihatan

Terokai soalan berkaitan kesihatan.
Ejakulasi Pramatang (409) URTI (222) Mati Pucuk (763) Gonorea (146) Kulat di Faraj (293) Sakit Kepala (3143) Sifilis (247) Penyakit Kelamin (2391) Migrain (129) Chlamydia (27) Haid Tidak Teratur (5282) Pil Perancang Kecemasan (1258) Keputihan (1654) Demam (1404) Sesak Nafas (2099) Sakit Tekak (1403) Penuaan (16) Darah Tinggi (418) Keracunan Makanan (43) Badan Gemuk (87) Jerawat (414) Ketuat (150) Tonsil (210) Kurap (104) Kencing Manis (527) Pedih Ulu Hati (204) Herpes (207) Kandidiasis (16) Ekzema (30) Perancangan Keluarga (2550) Kehamilan (4990) HIV (859) Tiroid (420) Kolesterol Tinggi (145) Haid Lewat (4282) Haid Berlebihan (398) Sakit Badan (1493) Kurang Berat Badan (226) Haid Berpanjangan (1856) Kesihatan Am (4078) Insomnia (210) Hipotensi (49) Sinusitis (87) Buasir (523) HPV (93) Kutu (17) Haid Sakit (523) Strok (107) Hepatitis A (9) Hepatitis B (117) Hepatitis C (33) Penyakit Jantung (541) Psoriasis (39) Gallstone (9) Sakit Tumit (165) Cara Berhenti Merokok (104) ENT (2375) Kesihatan Seksual (5517) Sakit Dada (2572) Sakit Mata (880) Ujian Kehamilan (1396) Penyakit Kulit (3772) Najis Abnormal (664) Sakit Perut (3867) Sakit Lutut (402) Masalah Kencing (2283) Sakit Payudara (972) Kesihatan Kanak-Kanak (2437) Kesihatan Mental (2101) Gigi & Gusi (1162) Jangkitan Coronavirus (7011) Fibroid (64) Batuk (940) Sakit Telinga (220) Sakit Pinggang (562) Ubat-Ubatan (1652) Darah Nifas (68) Najis Berdarah (397) Keguguran (371) Selsema (152) Mual & Muntah (451) Kebas (614) Tidak Datang Haid (464) Asid Refluks (74) Gastrik (212) Sakit Belakang (494) Sakit Tulang (454) Sakit Otot (158) Pendarahan Coklat (390) Pendarahan Spotting (502) Lebam (20) Kesihatan Am Wanita (2082) Sakit Mulut (228) Derma Darah (52) Anemia (120) Sembelit (274) Kesihatan Rambut (264) Mulut Berbau (43) Dehidrasi (4) Tidur Berdengkur (23) Masalah Tidur (306) Cirit Birit (216) Masalah Peluh (210) Benjolan Di Kulit (882) Pitam (191) Ulser mulut (68) Selsema burung (8) Wabak bubonic (8) Pelindung muka (16) Kurang Selera Makan (132) Prosedur Perubatan (574) Makanan Tambahan (274) Pening Kepala (532) Trauma (32) Keputusan Siasatan (212) Penerangan Penyakit (525) Alahan (72) Masalah kesuburan (36) Bisul (160) Pencegahan Koronavirus (138) Kahak (248) Masalah Penglihatan (58) Asthma (38) Vitamin dan Nutrisi (231) Masalah Tangan Dan Kaki (1503) Sendawa (112) Masalah Buah Pinggang (150) Vaksin COVID-19 (1490) Ketinggian (56) Kesihatan Lelaki (742) Masalah saraf (56) Hematologi (36) Denyutan Nadi & Kesihatan Jantung (230) Hipoglisemia (2) Kesihatan Kulit (178) Hormon, Endokrin & Metabolisme Tubuh (12) Sakit Sendi (16) Apendiks (4) Penyakit Hati (8) Penerangan Vaksin (30) Resdung (4) Influenza (28) Ketumbuhan (14) Kecederaan (20) Kanser (48) Sakit Leher (116) Darah (116) Ketiak (40) Masalah Najis (12) HFMD (2) Paru - Paru (22) Hidung (12) Hempedu (10) Jahitan (28) Pembedahan (16) Penyusuan (16) Suntikan (14) Darah Putih (16) Bahu (6) Bibir (14) Autisme (4) Asid Folik (16) Pusat (2) Sawan (6) Melecur (2) Badan Berbau (2) Ruam (6) Muka (6) Tuberkulosis (2) Saringan kesihatan (2) Suplemen, Vitamin dan Mineral (2) Vaksin Denggi (52)