Sulit
2 tahun
Tercekik sebiji ubat tablet hurix bermula dari 2 hari lepas sehingga hari ini. Masih boleh bernafas dan batuk seperti biasa, tetapi tidak rasa selesa di tekak
Saya wanita berumur 19 tahun. 2 hari lepas saya ada ambil 2 biji tablets hurix untuk melegakan batuk. Tetapi semasa menelan tablet yang ke-2, ubat itu macam tersekat di tekak sehingga ke hari ini. Saya telah cuba guna kaedah gumpal nasi, minum air panas, telan pisang tapi tak menjadi. Saya juga telah cuba menggunakan teknik 5 and 5 tapi masih tidak menjadi. Jadi apa yang perlu saya lakukan?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Selamat sejahtera
Terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi. Kami akan cuba untuk membantu anda.
Saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.