Sulit
2 tahun
Telinga berdesing dan pendengaran berkurangan,rasa bahagian muka sebelah yg bermasalah tebal
Slmt pg dr.sy dah 3 hri ni ada masalah telinga berdesing menyebabkan pendengaran sy berkurangan.dah pegi klinik dr ckp tiada bengkak di gegendang telinga.mungkin. ada air di belakang gegendang.sy dibekalkan ubat selsema,gatal dan alahan.tp hr masih sama keadaannya.jd sy nak thu ape sebenarnya yg berlaku dah ape ubat yg terbaik.sy juga pengidap resdung
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, umumnya telinga berdesing dan mata berpinar boleh terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Gangguan keseimbangan tubuh (labyrinthitis, tinnitus, vertigo, dll.)
- Gangguan penglihatan (rabun, silau yang ektrim, mata juling, dll.)
- Gangguan organ pendengaran
- Gangguan sakit kepala (migrain, cluster, tension, dll.)
- Gangguan tulang telinga
Buat sementara waktu saya menyarankan anda untuk
- teruskan pengubatan yang telah diberikan
- berhati-hati ketika mandi
- memastikan telinga sentiasa kering
- jauhi penggunaan ubat atau alatan tanpa pengawasan doktor
- melapor ke doktor anda untuk menjelaskan tahap keberkesanan ubat
Namun sila segera berjumpa dokter sekiranya anda mengalami:
- Sakit kepala yang teramat
- Pandangan kabur tiba-tiba
- Pitam
- Muntah pada waktu pagi
- Hilang berat badan mendadak
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.