Sulit
2 tahun
Sakit telinga jumpa doktor, doktor cakap ada kulat
27hb 2022 saya pergi ke hospital kerana sakit telinga & tak dengar bila doktor check terdapat putih putih dalam telinga . Bila siap check semua doktor pun letak ubat dalam telinga ubat tu warna putih antifugil tak silap saya . saya nak tanya ubat tu berapa lama dalam telinga ya ? sebab saya balik rumah still tak boleh nak dengar sebab ubat tu dalam telinga dia macam block pendengaran saya
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Ekzema
- Radang luar telinga (otitis externa)
- Jangkitan kulat
- Alahan dermatitis - pada produk sabun atau kain
- Kayap
Masalah in boleh diubati, anda dinasihatkan untuk berjumpa doktor bagi mendapatkan nasihat dan rawatan yang sewajarnya.
Memandangkan anda sudah berjumpa dengan doktor dan mengambil perubatan, saya menyarankan anda mengikuti preskripsi yang diberi. Mengenai tempoh ubat antifungal akan berada di dalam telinga, saya tidak boleh memberi jawapan kerana tempohnya berbeza mengikut jenis ubat yang diberi.
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.