Sulit
2 tahun
Telinga berbunyi tapi tidak sakit
Saya nak tanya , telinga saya berbunyi dah 3 minggu . haritu pergi hospital dr kata telinga luka akibat korek dgn besi telinga . Salah saya jugak sebab terlalu ganas korek telinga . Tapi makin lama bunyi itu tidak kedengaran . dr ada bagi ubat titis dan panadol . Adakah telinga saya akan sembuh pada masa akan datang ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Antara perkara yang boleh menyebabkan masalah ini berlaku adalah:
- Tahi telinga tersumbat
- Bengkak di dalam telinga
- Kecederaan di dalam telinga
- Jangkitan dalam telinga
- Masalah pendengaran lain seperti masalah saraf dan lain-lain
Sesetengah masalah pendengaran boleh menandakan sesuatu yang serius dan boleh mengganggu pendengaran pada jangka masa panjang jika tidak dirawat. Oleh itu, sila rujuk masalah ini kepada doktor agar pemeriksaan dan rawatan boleh dilakukan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.