Sulit
3 tahun
Left eye blink often
Hai. Mata kiri saya selalu berkedip secara tiba tiba. Iainya berlaku secara kerap dan tidak boleh dikawal. Dah nak seminggu macam ni. Boleh bagi tahu probability apa yang menyebabkan masalah ini berlaku?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih atas pertanyaan anda.
Berdasarkan kenyataan anda, saya memahami bahawa mata anda mempunyai pergerakan yang luar biasa. Saya memahami kebimbangan anda dan akan cuba membantu.
Antara kemungkinan masalah ini adalah:
- Akibat kepenatatan yang teramat
- Akibat tekanan yang teramat
- Akibat keresahan yang mendalam
- Masalah pada sistem saraf
- Kekejangan ‘hemifacial’
- ‘Blepharospasm’
- Masalah kelenjar tiroid
Anda disarankan untuk mengambil nasihat pakar neurologi untuk pandangan yang betul serta jikalau perlu rawatan untuk kondisi ini. Kami harap jawapan ini membantu. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar neurologi boleh membantu anda untuk melegakan kebimbangan anda.