Sulit
3 tahun
Gatal dan sakit tekak
Halo doc , dlm hampir 2 bulan ni , lelangit di tekak kanan sy sentiasa gatal dan bertambah teruk sekrng kerana bila sy garu menggunakan lidah (sy tidak dpt mengawal utk tidak menggaru) dia bertambah sakit dan buat sy selsema setiap hari . Hampir setiap hari sy selsema dn gatal2 di tempt tersebut . Sy cuma makan panadol setiap Hari tpi tidak beri kesan apa2 . APA patut sy buat ?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab yang boleh menyebabkan anda mengalami masalah sedemikian, seperti:
- Radang tonsil ( tonsilitis )
- Radang tekak ( laryngopharyngitis )
- Jangkitan telinga
- Radang sinus ( sinusitis )
Ini hanyalah keterangan kami secara am mengenai masalah anda. Saya sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor supaya pemeriksaan dapat dilakukan dan rawatan dapat diberikan kepada anda.
Sila berjumpa doktor dengan segera sekiranya anda mengalami gejala ini:
- Hidung berdarah tanpa sebab
- Muka terasa penuh ( stuffy face )
- Hidung tersumbat
- Kesukaran bernafas
- Sakit kepala
- Terdapat cecair keluar dari hidung
- Nafas berbau
- Gangguan deria bau dan pendengaran
Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Sila klik di sini untuk bercakap dengan Doktor Pakar Telinga, Hidung dan Tekak.