Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat sudah bertahun tahun
hi doctor,saya mempunyai masalah hidung tersumbat yg sudah lebih 10 tahun saya alami, hidung tersumbat hanya sebelah, kadang kadang dia bertukar dari kanan tersumbat kekiri,selama ini saya bernafas melalui 1 lubang hidung sahaja. saya juga ada masalah berdengkur yg kuat setiap malam,saya nak tahu apa masalah saya yg sebenarnya dan apa cara yang perlu saya ambil untuk mengurangkan masalah ini?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa keadaan yang sering dikaitkan dengan masalah anda iaitu:
- Penyakit alahan ruangan hidung ( allergic rhinitis )
- Keradangan sinus yang kronik ( Chronic sinusitis )
- Hidung yang sensitif dengan perubahan cuaca atau suhu
- Keradangan ruangan hidung ( Nonallergic rhinitis )
- Ketumbuhan polip dalam hidung
- Jangkitan kuman pada ruangan hidung atau sinus ( recurrent infections )
- Stress atau masalah tiroid
- Alahan pada makanan atau ubat.
Untuk mengetahui punca sebenar dan rawatan yang tepat terhadap masalah yang anda hadapi, maklumat tambahan dan pemeriksaan susulan adalah diperlukan sebelum sebarang kesimpulan boleh dibuat.Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.