Sulit
2 tahun
Suara lain bila sakit tekak
Saya lelaki umur 21, baru-baru ni, saya mengalami sakit tekak, kemudiannya badan rasa panas selama 1 hari tapi sakit tekak masih ada. Sekarang hari ke 4 suara saya begini. Sekarang sudah tiada badan panas. Suara saya jadi lain bile tekak sakit, boleh dengar dari dalam, seolah macam ada kahak yang duduk dekat bahagian suara saya dan rasa tak selesa. Rasa susah buat suara lembut macam “meow”. Tapi tak sakit sangat kalau telan air liur, makanan. etc. Pada awalnya sakit bila telan air liur. Sekarang sudah sembuh cuma suara saya masih lain. Saya hanya dengar sedikit suara sebenar saya. Boleh saya tau apa penyebabnya? Dan berapa lama suara sebenar akan kembali? Terima kasih
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih kerana memilih kami untuk mendapatkan pandangan tentang masalah kesihatan anda.
Berdasarkan penerangan anda, anda berasa kehilangan suara normal dengan gejala sakit tekak,susah telan atau bercakap dan kepanasan badan untuk beberapa hari. Antara sebab-sebab untuk keadaan anda,
- Jangkitan kuman (Laringitis akut selalunya disebabkan oleh demam selsema dan jangkitan virus).
- Iritasi disebabkan oleh penggunaan suara yang berlebihan (menjerit di acara sukan ataupun konsert)
- Penggunaan suara yang berlebihan seperti yang berlaku pada guru, penyanyi boleh menyebabkan keadaan yang dipanggil “polip” atau “nodul” pada peti suara
- Bahan bahan yang menyebabkan keradangan seperti merokok, terhidu atau tertelan bahan kimia
- Masalah refluks asid dari dalam perut ke tekak . Ia selalunya berlaku kepada pesakit gastric dan orang tua.
Anda boleh rujuk pautan ini untuk maklumat lanjut tentang peti suara kita.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada pakar ENT sebaiknya untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.