wanson91
3 tahun
Hidung tersumbat semasa tidur kerap hidung berair
Sa wanita 30an,dh lama hidung tersumbat bila tidur mengiring. Lepas bangun hidung berair, bila hembus, hingus berwarna clear water. Kadang teruk akan bersin setiap pagi. Tapi lepas makan ubat ezede, lega beberapa hari dan akan kembali lagi rutin yng sama. Minta tolong doktor beritahu ubat apa sesuai untuk hilangkan hidung tersumbat, atau pemakanan apa yng perlu bagi elak seperti begini.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman anda, terdapat beberapa perkara yang boleh menyebabkan masalah anda. Antaranya adalah:
- Penyakit alahan ruangan hidung ( allergic rhinitis )
- Keradangan sinus yang kronik ( Chronic sinusitis )
- Hidung yang sensitif dengan perubahan cuaca atau suhu
- Keradangan ruangan hidung ( Nonallergic rhinitis )
- Ketumbuhan polip dalam hidung
- Jangkitan kuman pada ruangan hidung atau sinus ( recurrent infections )
- Stress atau masalah tiroid
- Alahan pada makanan atau ubat.
Sementara itu, anda boleh mencuba yang berikut untuk melegakan masalah hidung tersumbat serta bersin anda di rumah dengan:
- Menjauhi daripada bahan yang mempunyai alahan
- Jaga kebersihan diri secara am
- Lakukan senaman sekiranya boleh untuk memlancarkan salur penafasan anda
- Elakkan makanan yang mempunyai alahan
- Kurang stress dan cukupkan tidur
- Banyakkan makan makanan bervitamin seperti sayur-sayuran dan buah-buahan.
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan yang tepat. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda