Sulit
2 tahun
Telinga sumbat dan berbau
Hai doktor…saya wanita berumur 29tahun…saya mengalami telinga sumbat…apabila mandi…msuk air…rasa sakit yang teramat sangat…bila tidur malam…air tersebut akan keluar…dan rasa sakit datang lagi…bila masuk kerja…bila nak cakap dengan orang…dapat dengar orang sekeliling…tetapi pendengaran bunyi tak nyaring walaupun dapat dengar…macam mana tu doktor…apa sakit saya?boleh doktor jelaskan dengan lebih lanjut sakit saya?
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk makluman pihak anda, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Tiub eustachian tersumbat
- Tahi telinga
- Altitude tinggi
- Acoustic neuroma
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.