Sulit
2 tahun
Hingus jernih berbau
Saya berumur 42thn, mempunyai sejarah masalah kesihatan resdung tahap biasa dan asma. Baru-baru ini saya menghadapi masalah hidung berhingus jernih bercampur warna kuning dan berbau. Semalam saya terjaga dari tidur (dalam pukul 1am) dan mendapati hidung saya mengalir air bercampur hingus kuning (mungkin sejuk kerana aircond). Bila bangun pagi, kesan air hidung di sekitar lubang hidung saya kering dan mengeras. Saya bersin berkali-kali dan air hidung juga telah masuk ke tekak menyebabkan saya rasa tidak selesa kerana menelan air dari hidung yang berbau. Mohon pandangan doktor tentang masalah saya ini. Terima kasih.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda. Saya akan cuba untuk membantu anda.
Untuk pengetahuan anda, terdapat beberapa sebab mengapa anda mengalami masalah sedemikian:
- Radang sinus ( sinusitis )
- Bendasing di dalam hidung
- Polip hidung
- Gigi reput
Oleh itu, saya menyarankan anda supaya merujuk kepada doktor untuk mendapat rawatan dan pemeriksaan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.