Sulit
2 tahun
Hilang deria bau selama 6 bulan selepas dijangkiti covid
saya wanita berusia 23 tahun. December 2021 saya dijangkiti covid sampai hilang deria bau dan rasa. Tapi sehingga hari ini (6bulan) deria bau dan rasa saya masih tak baik …
Deria bau dan rasa saya tak hilang sepenuhnya seperti waktu dijangkiti covid dahulu. tetapi saya tak dapat bau dan rasa sesuatu dengan sepenuhnya . kadang-kadang saya tidak dapat bau sesuatu dengan jelas dan keliru dengan bau tersebut .
simtom yang saya alami
-hilang focus terhadap bau /bau kurang jelas
-tottally hilang sesuatu bau sehingga kini tak dapat bau
-tidak dapat bezakan bau busuk (cth: sampah dan air kencing) sebab bau yang sama menyebabkan saya keliru
-Bau yang dulu wangi sekarang menjadi busuk
-lidah terasa apa yang hidung bau ( cth: ubat gigi jadi busuk dan bila pakai lidah automatic detect rasa seperti bau tersebut)
Jadi persoalan saya ,
1.adakah ianya normal effect selepas dijangkiti covid walaupun sudah 6 bulan ?.
2. apakah penyakit ini serious ? sebab dia menggangu aktiviti harian saya sehingga buat saya rasa tekanan .
3. Bagaimana cara untuk saya tangani penyakit ini? apakah ubat atau petua yang saya boleh amalkan .
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
2 tahun
Salam sejahtera,terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan pertanyaan anda di atas, saya memahami bahawa anda berasa bimbang tentang masalah anda berkaitan kehilangan deria bau. Saya akan cuba untuk membantu.
Berdasarkan persoalan anda,anda mungkin mengalami long COVID (Sindrom Post COVID).adalah keadaan dimana bekas pesakit COVID-19 masih menunjukkan gejala bagi tempoh 12 minggu atau lebih. Gejala boleh berbeza bagi setiap individu. Antara post COVID syndrome ini termasuk :
lemah badan
sakit dada
batuk
susah memberikan fokus
pening atau sakit kepala
kehilangan deria bau dan rasa
Walau bagaimanapun terdapat juga punca-punca yang lain untuk masalah yang anda dihadapi.Antaranya ialah:
- Alahan hidung
- Polip hidung
- Jangkitan kuman- resdung
- kecederaan pada hidung- patah tulang
- ketumbuhan pada hidung/otak
- Lain-lain- masalah endokrin, kesan ubat-ubatan
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum membuat sebarang kesimpulan.
Sekiranya anda masih bimbang tentang keadaan anda, atau mempunyai sebarang gejala yang membimbangkan, sila rujuk doktor untuk nasihat dan rawatan lanjut. Anda boleh berhubung dengan doktor kami secara atas talian untuk mendapat maklumat serta rawatan yang diperlukan.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.