
Sulit
4 tahun
Benjolan sebesae bola ping pong pada belakang betis
Saya wanita berusia 20an, saya nak tanya, terdapat benjolan sebesar bola ping pong dibelakang betis. Benjolan itu sudah ada semenjak saya berumur 10 tahun lagi. Tapi dulu benjolan itu hanya sekecil guli, tapi semakin meningkat usia, benjolan itu semakin besar. Namun tiada rasa sakit pada benjolan tersebut. Jadi saya ingin tahu, apakah penyebab dan adakah ianya berbahaya? Terima kasih doktor.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis
- Cyst/Kista
- Kelenjar limfa membengkak
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih