
Sulit
4 tahun
Gegendang telinga pecah
Hello doktor… saya remaja wanita 16 tahun…apakah rawatan untuk gegendang telinga pecah/berlubang ??

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi.
Untuk makluman pihak anda, masalah gegendang telinga pecah (perforasi membran timpani) adalah lubang atau koyakan pada tisu nipis yang memisahkan saluran telinga anda dari telinga tengah anda (gendang telinga). Gendang telinga yang pecah ini biasanya sembuh dalam beberapa minggu tanpa rawatan. Tetapi kadang-kadang ia memerlukan pembaikan atau pembedahan untuk sembuh.
Akan tetapi, jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi disebabkan maklumat yang terhad. Sukar untuk saya mengulas mengenai tahap keseriusan masalah telinga anda ini kerana maklumat lanjut serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.