
dayang.bedt
5 tahun
Gelembung di dalam dinding mulut
Hello doctor. Saya ingin bertanyakan tentang gelembung yang muncul di bahagian dalam dinding mulut saya. Ini bukanlah pertama kali gelembung ini muncul di bahagian dinding mulut saya. Kebiasaannya gelembung ini akan hilang sendiri dan tidak muncul di kawasan yang sama. Gelembung ini kelihatan seperti gelembung air dan tidak lah menyakitkan tetapi memberikan rasa ketidakselesaan kepada saya. Oleh itu, saya ingin bertanya adakah gelembung ini sesuatu yang serius ataupun hanyalah muncul disebabkan oleh faktor alergik atau lain-lain.

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall)untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah ulser/gelembung dalam mulut ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- kecederaan pada permukaan lidah/mulut
- pembiakan kulat yang bernama ‘candida albicans’ secara berleluasa
- ubat gigi atau pencuci mulut mengandungi sejenis bahan kimia yang sangat sensitif kepada sesetengah orang
- masalah dehidrasi
- penyakit berkaitan dengan sistem imun
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami melalui atas talian secara peribadi untuk mendapatkan penyelesaian kepada masalah anda. Terima kasih.