
Sulit
3 tahun
Hidung tersumbat tapi tiada selesema
Hidung saya tersumbat, tapi bila hembus tiada higus/selesema. Saya sangat tidak selesa sewaktu tidur. 2 hari lepas saya demam dengan suhu 37.5 sahaja. Lepas makan ubat demam terus turun. Saya jugak telah buat rtk 2 hari lepas dan result adalah negative. Perlukah saya membuat pcr?
Saya tidak mempunyai lain² symptoms covid.
Lagi 2 hari saya perlu ambil 2nd dose vaccine. Boleh kah saya pergi ambil vaccine?

3 tahun
Salam sejahtera,
Terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda, masalah hidung tersumat boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- Alahan rhinits
- Alahan kepada persekitaran
- Ketumbuhan seperti polip
- Keradangan sinus
- Masalah struktur hidung
Penyakit diatas kesemuanya menyebabkan hidung tersumbat. Maka, saya memerlukan maklumat lanjut untuk mengenalpasti punca masalah yang anda hadapi.
Untuk maklumat anda, menurut WHO, simptom-simptom COVID-19 yang lazim dilaporkan ialah:
- Demam (lebih daripada 37.5 darjah celsius)
- Keletihan
- Batuk
- Lenguh dan sakit sendi
- Sakit tekak
- Sakit kepala
- Kesukaran bernafas
Jika anda mengalami simptom-simptom tersebut, saya mencadangkan agar anda berjumpa doktor dengan segera dan membuat ujian PCR. Namun, jika anda tiada simptom-simptom seperti di atas, anda dibolehkan untuk pergi mengambil vaksin dos yang kedua.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Anda juga boleh merujuk kepada doktor kami secara atas talian untuk mendapatkan penjelasan serta rawatan yang lebih lanjut.
Saya berharap agar jawapan ini dapat membantu anda. Terima kasih.
Klik di sini untuk bercakap dengan doktor.