
Anonymous
5 tahun
Ketulan atau benjolan pada bawah dagu tengah
Salam sejahtera doktor. Saya seorang lelaki yang berumur 35 tahun bekerja sebagai buruh ladang. Dalam 2minggu yang berlalu ni ketulan atau benjolan lembut pada bawah dagu tengah saya ini tidak menyusut atau surut namun tidak makin membesar. Pada permulaan ia mula bengkak saya alami demam,pening dan sukar untuk bernafas ketika tidur. Namun setelah beberapa hari semua simptom itu tiada kecuali benjolan ini. Saya ada rujuk pada KK berdekatan dan telah pun membuat ujian darah tapi result hari ni menyatakan yang saya bebas dari sebarang jangkitan kuman. Darah semua okay. Tapi benjolan masih ada. Kedudukan benjolan itu 1 inci dari hujung dagu. Apa penyakit saya dan apa yg saya perlu buat doktor?
Saya juga ada sinusitis tapi tak consume apa2 ubat atau tidak pernah dpt rawatan lanjutan

5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan anda, masalah benjolan di bawah dagu yang anda hadapi boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- pembesaran kelenjar limfa - jangkitan bakteria / virus
- kesan sampingan ubat - ubatan
- Benjolan lemak
- Benjolan tisu fiber
- non-cancerous tumor
- Nanah
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut tentang latar belakang kesihatan anda, pemeriksaan dan ujian mungkin perlu dijalankan. Anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Terima kasih.