elena.aries1
4 tahun
Ketulan/benjolan di pangkal paha kanan
Saya wanita berumur 23 tahun. Sekitar lima hari lepas baru perasan tiba-tiba ada benjolan di pangkal paha kanan yang semakin hari semakin keras benjolannya. Benjolan tersebut tiada warna, tidak bergerak, menyukarkan pergerakan, menyakitkan namun lagi sakit bila ditekan-tekan. Disebabkan PKP ini saya takut nak ke klinik/hospital. Minta pencerahan daripada Doktor. Terima kasih.
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, benjolan dicelah paha anda boleh disebabkan:
Benjolan lemak
Gumpalan tisu fiber
Kelenjar bengkak
Foliculitis - Jangkitan kulit
Cyst/Kista
Nanah akibat jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih