
Sulit
4 tahun
Khasiat daun telinga kerA
salam doctor,saya ckd stage 3b.boleh kah saya mengamalkan air rebusan daun telinga kera dgn kurma cina bagi memulihkan kidney saya.

4 tahun
Salam sejahtera dan terima kasih kerana menghubungi kami.
Kami turut bersimpati dan mengambil serius dengan keadaan yang dialami oleh pihak tuan/puan. Walau bagaimanapun berikut adalah gambaran awal yang boleh kami sampaikan kepada pihak tuan/puan.
Saya masih belum dapat menemukan sumber kajian yang khusus dalam mengaitkan khasiat kedua-dua produk / bahan tersebut dalam memberi kesan yang baik terhadap buah pinggang.
Namun saya menegaskan kepada pihak anda untuk mengikuti saranan dan rawatan yang dicadangkan oleh doktor mahupun mana-mana insitusi perubatan yang diselia oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.
Oleh yang demikian kami menasihatkan agar anda mendapat rawatan secara langsung di klinik ataupun hospital yang terdekat. Tambahan lagi, anda boleh berhubung dengan doktor kami secara langsung diatas talian menggunakan link yang berikut. (DoctorOnCall). Terima kasih.