
Sulit
4 tahun
Mulut kering yang sangat teruk
I think almost 3 months mulut saya kering . Mula mula cuma mengelupas sedikit dan tak teruk . Dan sekarang makin terukkk , mulut kering sangat sangat sehinggakan keliling mulut jugak keringgg dan kulit muka yang berhampiran dengan mulut also kering . Saya tktahu apa punca jadi seperti ini . Saya minum air masak sehari sememangnya secukupnyaa 2 liter ke 3 liter . Dan hari hari pakai lipbalm. Tapi hari hari saya tk nampak result mulut saya semakin okey . Tapi semakin teruk ada la , kadang kadang tu mulut menjadi teganggg sehingga sukar untuk membuka mulut sehingga mulut saya menjadi lukaa dan pedih sangat . Kadang tu mulut saya jugak terasa gatal gatal . Saya dari dahulu lagi sememangnya tiada alergic . Saya dh pergi ke klinikkk untuk rujuk apaa yang jadi , tapi cuma jawapan yang sama saya dengar 'kurang minum air masak ,mungkin ad alergic ’ . Tapi semua tu sememangnya tkda . Boleh sayaaaa tahu apa patut saya buat ?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda mulut kering biasanya berlaku oleh kerana dehidrasi atau gementar. Namun, sekiranya gejala ini berterusan, ianya mungkin desebabkan oleh masalahlain seperti:
- Kesan sampingan ubat
- Hidung tersumbat- menyebabkan anda bernafas menggunakan mulut
- Kencing manis
- Rawatan radiotherapy di kawasan kepala dan leher
- Sjögren’s syndrome - penyakit yang menyerang kelenjar air liur
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor.
Anda juga boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.