
Sulit
4 tahun
Rasa ngilu/sengal pada gigi
Hai, selamat pagi
Saya seorang pelajar berumur 19 tahun, saya baru sahaja melakukan tampalan gigi depan pada 16/12/2020
Normal ke rasa sengal dan ngilu pada gigi tersebut sehingga hari ini? rasa sengal/ngilu itu hanya berlaku dalam tempoh 2-3 saat (beberapa kali sehari)
Mungkin sekitar 7-8 kali sehari
Mohon penjelasan ya doktor, takut

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Hai! Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu rasa sengal atau ngilu pada gigi. Berdasarkan keterangan anda bahawa anda baru sahaja melakukan tampalan gigi tempoh hari, rasa ngilu tersebut mungkin berkaitan dengannya. Namun, terdapat beberapa penyebab rasa ngilu timbul pada gigi, antaranya ialah:
- Tampalan gigi tercabut
- Nanah/ abses
- jangkitan kuman
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadpi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan. Memandangkan adanya risiko jangkitan, anda amat disarankan untuk berjumpa dengan doktor gigi anda terutamnya jika masalah ini berlanjutan sehingga mengganggu konsentrasi dan aktiviti harian anda.
Namun begitu, ini hanyalah keterangan am tentang hal ini, kerana untuk mendapatkan kesimpulan yang tepat perlulah membuat pemeriksaan dengan teliti. Saya nasihatkan anda untuk berjumpa dengan doktor berdekatan untuk mendapatkan kesimpulan yang sempurna. Anda juga boleh klik di link ( DoctorOnCall ) untuk berhubung dengan doktor pakar kami secara peribadi di atas talian untuk mendapatkan maklumat selanjutnya. Terima kasih