
nafiqah795
5 tahun
Selsema-Hingus Diikuti Dengan Darah
Saya selsema sejak awal minggu ini… asalnya bermula dengan sakit tekak… kemudiaan selesema ketat hidung dang berhingus… tapi sejak kelmarin masa bangun pagi, hingus saya bercampur dengan darah… hari ketiga, hingus saya bertukar jadi warna koko sikit. jadi kenapa ya tu? adakah itu adalah darah yg bertukar kadi koko? adakah hidung saya bermasalah teruk? saya tak makan ubat dan biar je mcm tu… semalam sekali je makan ubat selsema

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, masalah ini boleh disebabkan oleh pelbagai perkara. Antaranya:
- trauma akibat hembusan hingus yang kuat
- cuaca terlalu panas
- suhu badan anda tinggi kerana jangkitan virus/ kuman
- masalah darah seperti kurang bahan pembeku (kebiasaannya genetik)
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.