yuslianatasha97
5 tahun
Telinga berdenyut Sebelah kiri
Assalamualaikum doktor, saya wanita berusia 19 tahun . Saya mempunyai masalh telinga berdenyut sebelah kiri jika terdngar bunyi yang terlalu kuat atau bising sehinggakan saya rasa tidak selesa dan menyebabkan kepala saya juga sakit jika terus mendengar bunyi terlalu kuat . Tahun lepas saya mengalami sakit telinga dan telah ke klinik , doktor memberitahu bahawa terdapat kesan luka di dalam telinga saya . Adakah telinga saya berdenyut disebabkan luka lama tersebut? Apakah yang perlu saya lakukan?
5 tahun
Salam sejahtera. Terima kasih atas soalan anda.
Berdasarkan keterangan anda, anda mungkin mengalami masalah pada mana-mana bahagian telinga anda. Telinga anda kelihatan amat sensitif terhadap bunyi sehingga menyebabkan anda mengalami sakit kepala. Oleh itu, untuk mengetahui punca masalah ini sama ada dari luka tersebut atau masalah lain, anda perlu menjalani pemeriksaan telinga. Maklumat lanjut mengenai kecederaan telinga anda sebelum ini serta maklumat kesihatan lain perlu diketahui sebelum diagnosis boleh dibuat.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor pihak kami secara atas talian jika anda memerlukan rundingan lanjut. Terima kasih.