Sulit
3 tahun
Gusi bengkak, nafas berbau
Anak.saye berusia 2tahun 6bulan. Gusi dia bengkak selepas sapuan florida. Demam pulak. Nafas dia jadi berbau.
Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
3 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Kami memahami kebimbangan anda, kami akan cuba membantu anda.
Untuk makluman anda, gejala anak anda mengalami tersebut, gusi bengkak selepas sapuan florida, demam dan nafas berbau boleh disebab oleh beberapa perkara, contohnya:
- Kesan alahan pada sapuan florida
- Keradangan gusi
- Jangkitan
- Kecederaan pada gusi
Untuk mengetahui punca penyebab gejala anda, terangan dan sejarah yang jelas diperlukan, serta periksaan dan penyelidikan lebih lanjut. Oleh itu, anda perlulah merujuk masalah ini kepada doktor dengan lanjut supaya rancangan rawatan yang sesuai dapat dibincang.
Anda juga boleh menghubungi kami untuk konsultasi secara atas talian agar kami boleh membantu anda.
Kami berharap jawapan ini membantu anda.
Terima kasih.