auliasifa525
4 tahun
Masalah telinga kurang pendengaran
Saya wanita usia 40…ada masalah dengan telinga…kenapa bila telinga klau berair pendengaran tajam…tpi bila telinga tu kering seakan" benda tu mulai mnutupi …sehingga pendengaran tu jauh dn kurang kedengaranx
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi.Untuk makluman anda, masalah pada telinga biasanya memerlukan pemeriksaan sebelum rawatan yang sesuai boleh diberikan. Saya menyarankan agar anda merujuk perkara ini ke klinik terdekat.
Antara penyebab gangguan pada telinga ialah:
- Jangkitan kuman
- Tahi telinga yang termampat akibat penggunaan putik kapas
- Masalah pada struktur telinga
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan doktor bertauliah kami secara peribadi melalui atas talian. Terima kasih.