
Sulit
4 tahun
Masalah urat menonjol
Salam Dr. Saya wanita umur dalam 20-an, saya tak tahu kenapa urat tangan saya menonjol dan kadang sakit. Selalu juga rasa panas pada tangan. Lebih kurang setahun dah macam ni. Sebelum ni tiadapun. Bila cuaca panas, mesti urat tangan saya lebih menonjol dan rasa panas. Kalau boleh recommend, ubat yang boleh kurangkan sakit urat . Kadang tak selesa bila dipandang tangan berurat dah macam tangan lelaki dah. Juga saya risau kalau ada masalah kesihatan. Terima Kasih Dr.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, masalah urat menonjol yang mengganggu anda sejak kebelakangan ini boleh disebabkan oleh keradangan salur darah yang terdapat pada kawasan berkenaan. Perkara ini lebih dikenali sebagai Thrombophlebitis, yang boleh disebabkan oleh beberapa faktor iaitu:
- Darah beku yang tersekat pada salur darah terlibat
- Obesiti atau jumlah kolesterol dalam darah yang tidak terkawal
- Masalah penyakit sel darah
- Kecederaan yang pernah berlaku
- Jangkitan kuman pada kawasan salur darah tersebut.
- Penggunaan pil perancang atau terapi hormon wanita.
- Merokok
- Kurang melakukan aktiviti senaman.
Dapatkan kulit yang sihat dengan penjagaan kulit yang betul.
Gejala salur darah bengkak ini merupakan satu perkara yang bahaya jika tidak diberi perhatian dengan kadar segera. Perasaan panas pada kawasan bengkak tersebut mungkin disebabkan oleh keradangan yang tengah berlaku pada salur darah terlibat. Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda bagi mengetahui punca masalah dengan lebih lanjut serta mendapatkan rawatan yang sewajarnya.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.