Sulit
3 tahun
Polip hidung sebelah kiri
Selamat pagi doc…saya julia…minggu lepas saya sudah menjalani pembedahan hidung sebelah kiri di sebabkan polip…Dan saya nak tanya doc kenapa deria bau saya hilang untuk sebelah kiri saja…tk doc.
3 tahun
Selamat sejahtera dan terima kasih kerana mengajukan soalan kepada pihak kami.
Saya memahami kebimbangan anda tentang masalah yang anda hadapi iaitu hilang deria bau. Untuk makluman anda, selepas pembedahan pembuangan polip, sepatutnya deria bau anda dan simptom-simptom lain yang dialami akan bertambah baik. Namun terdapat juga risiko untuk kesan sampingan berlaku seperti:
- Pendarahan pada hidung
- Akibat darah kering boleh menyebabkan gangguan pada deria bau
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Untuk mengetahui punca sebenar masalah yang anda hadapi, maklumat lanjut dan pemeriksaan adalah diperlukan sebelum membuat sebarang kesimpulan. Jika masalah ini berlarutan, anda dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor umum atau doktor pakar di klinik atau hospital berdekatan bagi mendapatkan kesimpulan yang sempurna.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.