iznibrahim
4 tahun
Sakit Telinga dan kurang Pendengaran
Dr, saya berumur 21 tahun, belum berkahwin. Saya nk bertanya, kenapa telinga saya jadi kurang pendengaran dan macam ada air yang bertakung dalam telinga. Ada satu masa dia jadi pedih sangat bila saya makan ubat tahan sakit baru lah kurang sakit tapi masih kurang pendengaran. Saya dah masukkan ubat titik yg doktor pernah bagi tapi tak lepas masuk, jadi bertakung dan meleleh keluar semula.
Jadi apa yang perlu saya buat sekarang? Masalah ni buat saya jadi tertekan danntajut nk bercakap dengan orang lain kerana kurang pendengaran.
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan anda.
Bagi menyelesaikan masalah sakit telinga anda, pemeriksaan haruslah dijalankan. Anda mungkin memerlukan pemeriksaan lanjut di dalam telinga anda dan juga ujian pendengaran yang lain.
Sila laporkan masalah ini kepada doktor dengan lengkap agar punca masalah anda dapat dikenal pasti dengan tepat.
Anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian dengan percuma. Terima kasih.