
Sulit
4 tahun
Air liur berlendir,bernafas tidak puas seperti tersekat,merasa gelisah,
Saya wanita yang berumur 30an.baru-baru ini hidung saya gatal-gatal kemudian saya mengalami selsema.setelah beberapa hari selsema sy sembuh tapi setiap kali saya bernafas saya merasa tidak puas.Air liur berlendir dan tekak sy merasa seperti lekat sesuatu.Beberapa hari ini sy merasa gelisah, rasa takut teramat sgt dan sy dpt mendegar jantung sy berdetak.

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang dituju.
Untuk makluman anda, simptom-simptom yang anda alami mungkin berkait antara satu sama lain ataupun tidak. Namun, gejala kegatalan pada hidung dan selesma ini boleh disebabkan oleh jangkitan virus atau bakteria pada ruangan hidung (Rhinitis) ataupun pada sinus (Sinusitis). Ia juga boleh disebabkan oleh alahan yang berlaku pada kawasan sekian.
Sakit telinga hidung dan tekak memang mudah terjadi. Jangan biarkan ia mengganggu anda.
Keradangan ini akan menyebabkan hidung atau sinus anda merembeskan cecair mukus yang berlebihan dan mukus tersebut boleh mengandungi bakteria atau virus tersebut. Oleh itu, terdapat kemungkinan bahawa lendiran mukus tersebut telah jatuh ke kerongkong dan menyebabkan keradangan pada tekak sehingga terasa seperti ada sesuatu yang lekat pada kawasan tersebut. Ini akan menyebabkan gejala bengkak dan keradangan pada kawasan tekak atau juga tonsil (Tonsilits) yang boleh mengganggu aliran pernafasan anda. Pernafasan yang terganggu juga berlaku akibat ruangan hidung yang bengkak dan tersumbat.
Oleh itu, kami sarankan anda untuk berjumpa dengan doktor anda atau pihak farmasi yang terdekat bagi mendapatkan rawatan yang sewajarnya bagi situasi anda.
Jika anda mempunyai sebarang pertanyaan tambahan, anda boleh klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.