
Sulit
4 tahun
Bengkak kalenjar di pangkal paha nampak bengkak
Hi… Sy ada melakukan aktiviti berisiko pada bulan 10/19 dan selepas 6 bulan saya perasan ada benjolan di kalenjar bening pangkal paha… Saya sudah melakukan ujian hiv pada 45 hari selepas aktiviti brisiko = negatif ( ujian makmal klinik swasta) dan pada 110 hari = negatif(klinik kerajaan)… Dan minggu lepas pergi lagi ambil test hiv CPR walaupun doktor cakap cukup selepas 3 bulan lebih cuma untuk kepastian sahaja… Sekarang ini simptom seperti ruam(gatal sekejap lepas tu hilang) selang sehari dua begitu,kaki tangan berpeluh dan kebas seperti dicucuk terutama di bahagian tapak kaki serta ulser di lidah… Yang bengkak kalenjar di pangkal paha itu sudah lama dari sebelum aktiviti berisiko berlaku nampak mcam timbul… Sy runsing… Doktor yang check sya pun tak berikan apa2 penerangan dan checkup… Mata pula kabur dan pedih… Itu semua berlaku masa hampir 6 bulan dan berlanjutan sehingga sekarang… Adakah kalenjar bening di pangkal paha memang nampak timbul tapi tidak sakit bila ditekan sebab itu dari sebelum aktiviti berisiko lagi

4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan anda, benjolan dicelah paha anda boleh disebabkan:
- Benjolan lemak
- Gumpalan tisu fiber
- Kelenjar bengkak
- Foliculitis - Jangkitan kulit
- Cyst/Kista
- Nanah akibat jangkitan
Untuk mengatasi masalah ini, punca masalah tersebut haruslah diketahui. Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dapat dibuat. Anda boleh berjumpa dengan doktor anda ataupun klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.