
Sulit
4 tahun
Boleh ke pakai ubat titis telinga kalau gegendang telinga berlubang
Sy sudah mengalami telinga berdengung sejak beberapa hari yg lepas. Hanya telinga kanan sahaja yang mengalami masalah ini. Dan sy ada jumpa dgn dokter. Ketika mendapatkan rawatan, telinga sy sempat dicuci dan diberitahu gegendang telinga sy sudah berlubang tapi boleh sembuh dalam masa beberapa bulan. Dan sy tidak diberikan apa2 ubat untuk masalah ini. Saya cuma ada ubat titis telinga yg sy pakai sebelum sy mendapatkan rawatan dokter. Sambil menunggu kesembuhan telinga sy, boleh ke pakai titis telinga di bahagian yg bermasalah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
4 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Dinasihatkan untuk tidak menggunakan ubat titis ke dalam telinga yang mengalami gegendang berlubang kerana ia akn mengundang komplikasi lain. Sebaiknya berikan masa sehingga telinga yang berlubang itu sembuh sepenuhnya terlebih dahulu. Namun jika masalah mengganggu rutin harian, disarankan untuk anda berjumpa dengan doktor semula dan dapatkan rawatan dan nasihat.
Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan secara percuma. Terima kasih.
Pakar sakit telinga, hidung dan mulut boleh membantu untuk mengenal pasti masalah anda.