
farid_krism
5 tahun
Cth : Tonsil Bengkak
Saya mengalami bengkak tonsil dan telah menghabiskan antibiotik augmentin 625mg (10 tablet) mengikut tempoh yang ditetapkan. Setelah seminggu antibiotik dihabiskan, tonsil masih sedikit bengkak dan terdapat biji2 merah pada tekak. Adakah saya perlu berjumpa doktor semula?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
Salam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang gejala/masalah yang dihadapi. Untuk makluman pihak anda/puan/tuan, tonsil anda yang bengkak akan memakan masa untuk surut.
Jika anda mengalami gejala seperti demam, sukar untuk menelan makanan dan sebagainya, anda disarankan untuk mendapatkan rawatan lanjut.
Untuk mengetahui punca masalah yang anda hadapi dengan tepat, maklumat lanjut adalah diperlukan sebelum kesimpulan boleh dibuat. Oleh itu, anda amat disarankan untuk merujuk masalah ini kepada doktor dengan kadar segera. Klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami secara peribadi melalui atas talian bagi mendapatkan penerangan dan nasihat atau rawatan yang diperlukan. Terima kasih.