
iamaqilah147
5 tahun
Gigi berlubang dan patah separa
Saya ingin bertanya adakah possible untuk menampal gigi geraham yang sudah berlubang dan separa patah?

Dr Nur Syuhada binti Zulkifli,
5 tahun
alam sejahtera, terima kasih atas soalan yang diajukan.
Jawapan ini adalah keterangan am tentang masalah yang anda hadapi. Sila klik pada link ini (DoctorOnCall) untuk bercakap dengan pihak kami.
Berdasarkan keterangan di atas, kami memahami kebimbangan anda tentang masalah yang dihadapi. Untuk makluman anda, pertanyaan anda adalah terkait dengan masalah gigi. Sebaiknya anda merujuk doktor gigi di klinik kesihatan atau klinik gigi swasta yang berdekatan.
Secara umum, gigi patah akan ditangani tergantung kepada jenis patah gigi yang anda alami, kondisi gigi yang patah dan hendaklah bersesuaian dengan nasihat profesional seorang doktor gigi.
Contohnya adalah, sekiranya patah itu separuh, dan kondisi gigi sekitar bagus, anda boleh memilih untuk melakukan crowning sahaja. Sementara itu, sekiranya patah gigi tersebut terjadi seluruhnya, terdapat beberapa perawatan termasuk perawatan akar (gigi patah) yang harus dilakukan sebelum menanam gigi atau membuat gigi palsu. Justeru, adalah digalakkan untuk anda merujuk doktor gigi di Klinik Kesihatan terdekat ataupun klinik gigi swasta dan berbincang pilihan yang sesuai dengan kondisi gigi anda.
Oleh itu, anda disarankan untuk merujuk masalah ini dengan lebih lanjut kerana maklumat tambahan serta pemeriksaan adalah diperlukan sebelum kesimpulan dan rawatan dapat diberikan. Anda boleh klik pada link (DoctorOnCall) ataupun pada link (DoctorOnCallEPharma) untuk bercakap dengan pihak kami atau farmasi kami secara atas talian. Privasi anda akan kami jaga. Terima kasih.